Hasil Karyaku

Jumaat, 4 Oktober 2013

Kasih dan Kesabaran Seorang Suami Terhadap Isterinya







Assalamualaikum dan selamat malam semua! >_<

Alhamdulillah ika diberi kesempatan untuk menulis di blog ni lagi.. dah lama rase nya ika tak post kat blog ni..blog ni pun dah macam bersepah sikit.. 
sweet tak tajuk ika tu?
heheheheee... >_<
sebenarnya...

sejak dua menjak ni kawan-kawan ika ramai yg break up dgn partner dyorang.. ika x suka tgk dyorg semua sedih..
so....

untuk kali ni ika nk berkongsi satu kisah cinta dengan korang semua.. ceh,, jiwang lah pulak kali ni.. hehehe....
kisah ni khas untuk kawan-kawan ika yg heart broken tu dan jugak untuk korang-korang yg sedang bercinta sekarang..

anggaplah ni bedtime story dari ika ok..

pada suatu hari...............

sepasang suami isteri baru berkahwin. Si suami berumur 20 tahun & si isteri berumur 19 tahun. Kedua-dua masih belajar. Mereka belajar di tempat sama iaitu di Russia, kedua-dua bakal doktor. Perkahwinan mereka telah mendapat restu oleh kedua-dua ibu bapa mereka.

Selepas 3 bulan kahwin...
Semasa jalan-jalan dengan si isteri di taman,mereka nampak seorang ibu & ayah muda yang bermain dengan anak mereka. si suami berkata 
"sayang,alangkah indahnya kalau kita ada anak jugak,kan sayang"..
muka si isteri tiba-tiba berubah wajah.seperti tak setuju
"Umm sayang,abang dah ready jadi Abah untuk anak-anak kita..Abang rasa kita tak payah rancang2 lah,anak tu kan rezeki dari Allah,betul tak"
Si isteri menjawab
"Sayang,kan kita dah bincang pasal ni before kahwin,lepas kita grad saya beranak lah,saya tak ready lagi lah,baru 19 kot"
mendengar jawapan dari si isteri,si suami hanya tersenyum sambil menjawab
"ye lah sayang".

Selepas 4 tahun....
mereka berdua pon grad belajar. Malam semasa meraikan graduasi mereka, si suami bertanya kepada isterinya
"Awak,awak cakap lepas awak grad awak dah ready nak pregnant"
tiba-tiba riak muka isteri berubah.Si isterinya hanya mendiamkan diri.Si suami berkata lagi
"Saya tak sabar nak jadi ayah untuk anak kita"
isterinya menjawab
"umm awak,kita baru grad.Kerja pon tak lagi,nanti nanti dulu lah,lepas kerja nanti saya janji kita akan ada anak sendiri"
mendengar kata-kata si isteri,si suami hanya akur akan permintaan isterinya. Walaupun sedikit kecewa ,si suami tetap akur akan kehendaknya.

Mereka akhirnya bekerja sebagai doktor. Semasa ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-6,si isteri berhasrat untuk memberitahu suaminya bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Tetapi malang tidak berbau..

Pada malam perkahwinan mereka yang ke-6 tahun, si isteri terlibat dalam satu kemalangan yang telah mengakibatkan dia tidak dapat mengandung.. Si isteri menangis teresak-terak & menyesal kerana tak dpt memenuhi kehendak suaminya.
"Abang,saya mintak maaf.Saya tak dapat lahirkan anak"
si suaminya hanya mendiamkan diri,si isteri berkata lagi
."Abang,saya tahu semua ni salah saya,kalau lah saya penuhi kehendak awak dulu".
si suami terdiam lagi..Si isteri pon berkata lagi
"Abang,kalau abang nak kahwin lagi satu,saya rela tapi janganlah abang dingin dengan saya"
"Saya sanggup bermadu a" 
tak sempat si isteri menghabiskan ayatnya si suami terus memeluk si isteri dengan seerat-eratnya.

"Sayang, abang tak kisah kalau takde anak asalkan sayang selamat. Mungkin ini ujian kita,tak pernah terdetik pon hati abang nak kahwin lagi"
"Takpelah,saya redha.Sebelum kahwin,abang dah janji apa pon yang berlaku dalam hidup kita,abang terima. Abang sayang awak ikhlas kerana Allah"
"Kita terimalah ujian ini dengan ikhlas, InsyaAllah mesti ada hikmah,Allah maha kuasa,Ingat tuhan,apa yang mustahil,tak mustahil bagiNya"

Si isteri menangis di pangkuan suaminya, selepas kejadian itu mereka pon berhasrat untuk menunaikan umrah bersama-sama untuk menenangkan hati.. Selepas balik dari umrah beberapa bulan,si isteri mula hamil. Kegembiraan mereka tidak dapat dinafikan lagi. Si suami berkata kepada isterinya

"Kan abang dah kata, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, apa yang mustahil, tidak mustahil bagi Allah,perancangan Allah sangat hebat"..

Si isteri menangis dalam kegembiraan kerana terlalu bersyukur .Mereka terus melakukan solat sunat syukur...

..The End....

pesanan dari ika , bersabarlah dengan apa jua ujian yang diberikanNya, mungkin sukar tetapi bila bersabar & redha InsyaAllah semuanya boleh.
ambil lah pengajaran dari setiap ujian & kesalahan lalu yang pernah kita buat. Setiap ujian Allah pasti selitkan kebahagiaan di pengakhiran...

atikah_hamzah @ dunia kecilku >_<






Isnin, 1 April 2013

wall between us




selamat malam.. 

perasan tak,, ika suka post waktu malam kan?
sebabb....

waktu malam lah ika banyak dapat ilham..
tapi kali ni bukan sebab ilham tiba-tiba datang tp sebab ketekanan yang dahsyat menyerang ketika ika hampir menyiapkan peta minda topik carbonic ni..

aduh,, biasa lah..student kan..

so, untuk kali ni, ika nak membebel sikit..tapi ni versi ala-ala satera sikit lah..


" wahai anda,, jangan ingat saya tidak tahu bahawasanya anda memang dah tahu bahawa pemilik tulisan tersebut adalah saya... tapi anda saja buat-buat tak tahu dan mengeluh kuat-kuat dengan harapan saya mendengar keluhan anda dan terkejut bahawasanya anda telah memiliki kepunyaan saya.. tapi sayangnya,, saya tak dengar lah.. 

*krikk krikk krikk

saya tahu dan anda sendiri pun tahu yang saya tak suka anda dan begitu juga anda kan.. berselisih pun macam angin lalu je jadi jangan lah buat sesuatu yang ada kena mengena dengan saya.. memang bukan salah anda sebab terpilih kepunyaan saya tapi itu juga bkn jugak salah saya kerana anda yang membuat pilihan untuk memilih kepunyaan saya.. jadi terimalah hakikat bahawasanya anda kena bagi sesuai dengan permintaan saya.. oleh itu, jangan lah mengeluh depan saya sebab tolonglah  hormat perasaan saya.. apa motif anda buat begitu ye??"

*krikk,, krikk,, krikk

maka berakhirlah bebelan ika..


cakap tentang kawan ika ni, hampir 2bulan kitorang tak bertegur.. kawan-kawan yang lain sibuk nak baik kan kitorang balik..memang tak salah usaha dyorang tu tapi ika tak tahu kenapa ika rasa bagaikan ada satu dinding pemisah yang menghalang kitorang untuk berbaik.. sebab masing-masing ego ke?? mula-mula dulu boleh lah kalau nak cakap sebab ego.. tapi bila difikirkan balik,, ego tu tak mendatangkan apa-apa kebaikan pun pada ika.. tak tahu lah kalau bagi benefit kat dia kan..  Honestly,, ika ada jugak perasan dalam keadaan yg  kitorang macam ni, banyak perkara yang relate dengan kitorang.. sampaikan ada kawan ika cakap

 " kalau dah jodoh tu, tak kemana" 

beb,, apa maksud hang aa?? tak mungkin sampai macam tu kan.. 

ok lah,, sampai sini jelah.. kang macam-macam lagi yang ika mengarut..

wahai pembaca ika,, tolong bagi feed back ok..

eiqaapril. blogspot.com

Khamis, 28 Mac 2013

Baby sitter dan guru sambilan

Selamat malam 

pembaca setia blog ika sekalian..<3

memandangkan ika hampir tamat study ni dan sedang menanti peperiksaan terakhir untuk semester yang terakhir ni,, ika ada merancang beberapa perkara untuk ika buat sepanjang tempoh menunggu degree offer ika nanti..

so...

one of that is,, ika nak kerja.. nak tahu tak kerja apa?

ika nak jadi baby sitter.. :-)





so,, kepada pembaca blog ika ni, kalau ada budak yang nak ika jaga, boleh lah hantar ke rumah ika ok.. tentang harga,, ika da decide dan ika harap harga ni tak mengganggu gugat atau menggegarkan bangunan ekonomi  korang semua ok.. ika open kat korang kalau nak berunding tentang harga..

kanak-kanak bawah umur 12 bulan : RM300

kanak-kanak atas 12 bulan hingga 4tahun : RM250

Selain itu,, ika juga boleh menjadi part time teacher.. ika open kepada pelajar tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja ok..

harga boleh dirunding juga..

kanak-kanak tadika : RM10

sekolah rendah : RM15

sekolah menengah : RM 20

perkhidmatan ini akan bermula pada 6 Mei 2013


so, kepada korang yang berminat dengan tawaran ni boleh lah melawat facebook ika di alamat  atikah hamzah

Sabtu, 3 November 2012

5 Ciri pasangan idaman


 Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


 Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

 Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


 Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

 Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


Nak jadi manusia hebatlah


Kalau jadi manusia jangan jadi manusia BIASA,

yg longgar jiwanya,
yg rapuh imannya,
sempit mindanya,
gelap masa depannya..

Tetapi jadilah manusia yg LUAR BIASA,

yg gah jiwanya
kental imannya,
tertib solatnya,
al-Quran juadahnya,
luas pandangannya,
gemilang masa depannya..

Sesungguhnya jika ALLAH menyayangi hambaNYA, akan diujinya..
Apabila dia bersabar, maka besar hikmahnya, dipermudahkan penyelesaiannya..
Apabila dia redha, ALLAH mengasihinya, dilapangkan hatinya,
dan dihiaskan wajahnya dengan KETENANGAN.

Tidakkah kau tahu ujian itu pelajaran langsung dari ALLAH? 

Yang bertutup itu indah (",)

selamat malam untuk korang yang belum tidur..:)

Memandangkan atie tak berapa lena nak tidur malam ni, atie interest nak kongsi sesuatu yang serba sedikit 

boleh dijadikan motivasi untuk korang dan jugak diri atie sendiri..

ehem,, ehem..
dari mana nak start ye..

"sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita,

 takkan tiada sampulnya? 

kulit buku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit buku yang tidak bersampul. 

Langsir yang cantik menghias pintu dan tigkap.

Kain yang indah yang mengalas meja dan perabot. 

Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan membariskan perbatasan aurat.

 Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah -- ratah oleh pandangan hati yang sakit."

KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA! (^.~) 

~ eiqaapril.blogspot.com ~

jarak antara dua hati


Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?

Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya.

 Mengapa perlu berteriak?

Kenapa dia tak berbicara dengan lembut? 

Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak  yang demikian, mereka haruslah berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan lebih keras lagi..



( Eiqaapril.blogspot.com )