Hasil Karyaku

Sabtu, 3 November 2012

5 Ciri pasangan idaman


 Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


 Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

 Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


 Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

 Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


Nak jadi manusia hebatlah


Kalau jadi manusia jangan jadi manusia BIASA,

yg longgar jiwanya,
yg rapuh imannya,
sempit mindanya,
gelap masa depannya..

Tetapi jadilah manusia yg LUAR BIASA,

yg gah jiwanya
kental imannya,
tertib solatnya,
al-Quran juadahnya,
luas pandangannya,
gemilang masa depannya..

Sesungguhnya jika ALLAH menyayangi hambaNYA, akan diujinya..
Apabila dia bersabar, maka besar hikmahnya, dipermudahkan penyelesaiannya..
Apabila dia redha, ALLAH mengasihinya, dilapangkan hatinya,
dan dihiaskan wajahnya dengan KETENANGAN.

Tidakkah kau tahu ujian itu pelajaran langsung dari ALLAH? 

Yang bertutup itu indah (",)

selamat malam untuk korang yang belum tidur..:)

Memandangkan atie tak berapa lena nak tidur malam ni, atie interest nak kongsi sesuatu yang serba sedikit 

boleh dijadikan motivasi untuk korang dan jugak diri atie sendiri..

ehem,, ehem..
dari mana nak start ye..

"sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita,

 takkan tiada sampulnya? 

kulit buku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit buku yang tidak bersampul. 

Langsir yang cantik menghias pintu dan tigkap.

Kain yang indah yang mengalas meja dan perabot. 

Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan membariskan perbatasan aurat.

 Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah -- ratah oleh pandangan hati yang sakit."

KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA! (^.~) 

~ eiqaapril.blogspot.com ~

jarak antara dua hati


Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?

Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya.

 Mengapa perlu berteriak?

Kenapa dia tak berbicara dengan lembut? 

Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak  yang demikian, mereka haruslah berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan lebih keras lagi..



( Eiqaapril.blogspot.com )