Hasil Karyaku

Sabtu, 3 November 2012

5 Ciri pasangan idaman


 Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


 Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

 Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


 Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

 Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


Nak jadi manusia hebatlah


Kalau jadi manusia jangan jadi manusia BIASA,

yg longgar jiwanya,
yg rapuh imannya,
sempit mindanya,
gelap masa depannya..

Tetapi jadilah manusia yg LUAR BIASA,

yg gah jiwanya
kental imannya,
tertib solatnya,
al-Quran juadahnya,
luas pandangannya,
gemilang masa depannya..

Sesungguhnya jika ALLAH menyayangi hambaNYA, akan diujinya..
Apabila dia bersabar, maka besar hikmahnya, dipermudahkan penyelesaiannya..
Apabila dia redha, ALLAH mengasihinya, dilapangkan hatinya,
dan dihiaskan wajahnya dengan KETENANGAN.

Tidakkah kau tahu ujian itu pelajaran langsung dari ALLAH? 

Yang bertutup itu indah (",)

selamat malam untuk korang yang belum tidur..:)

Memandangkan atie tak berapa lena nak tidur malam ni, atie interest nak kongsi sesuatu yang serba sedikit 

boleh dijadikan motivasi untuk korang dan jugak diri atie sendiri..

ehem,, ehem..
dari mana nak start ye..

"sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita,

 takkan tiada sampulnya? 

kulit buku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit buku yang tidak bersampul. 

Langsir yang cantik menghias pintu dan tigkap.

Kain yang indah yang mengalas meja dan perabot. 

Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan membariskan perbatasan aurat.

 Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah -- ratah oleh pandangan hati yang sakit."

KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA! (^.~) 

~ eiqaapril.blogspot.com ~

jarak antara dua hati


Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?

Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya.

 Mengapa perlu berteriak?

Kenapa dia tak berbicara dengan lembut? 

Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak  yang demikian, mereka haruslah berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan lebih keras lagi..



( Eiqaapril.blogspot.com )

Sabtu, 16 Jun 2012

Siapa Wanita Cantik?

Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.


EiQa April @ cinta garfield

Khamis, 17 Mei 2012

renung-renungkan..





Kadang-kadang ALLAH S.W.T patahkan semangat kita untuk selamatkan jiwa kita..



DIA hancurkan hati kita agar kita kembali padaNYA..


DIA berikan kita kesakitan agar kita terus bertahan..

Dia beri kita kegagalan agar kita tak hilang panduan..

DIA beri kita keuzuran agar kita menghargai diri..

... Kadang-kadang ALLAH ambil semuanya dari kita agar kita tahu nilai semua benda yang dia beri....

Begitulah kasih sayang PENCIPTA....maha Esa....


segalanya adalah miliknya....



_Eiqaapril.blogspot.com_

Lagu untuk awak..LARA LAGI

selamat petang..


Tengah sibuk tolong mak tadi. aku terdengar 1 lagu ni.. Mungkin korang pon tahu lagu ni.. lagu ni buat aku teringatkan seseorang yang pernah menyulam kasih dengah aku dulu.. hehehe.. jiwang sudaa..

Aku tak pernah terfikir pon nak cakap pasal dia dalam mana-mana entry aku.. sama lah jugak dengan entry kali ni..

so, for entry kali ni, aku nak share lirik lagu yg aku dengar tuh dengan korang semua..

hayatilah ok..:)

Hanya sampai disini saja
kisah cinta kita berdua
tiada daya selamanya
terhenti disini..

Biarku pujuk hati ini
merawat lukaku sendiri
setelah aku kau lukai
sedangkan kau tahu..

Kasih aku hanyalah untukmu
tiada lain dalam diriku
takkan berubah
walau dipisah laut biru..

Cinta aku hanyalah untukmu
tak pernah goyah
tak pernah jemu
takkan terpadam dalam hatiku
ia milikmu...percayalah

mungkin sudah suratan kita
terpisah sebegini saja
pasti di suatu hari nanti
ku jejak bahagia...


_Eiqaapril.blogspot.com_

Rabu, 16 Mei 2012

BETUL KE...WAHAI WANITA?



siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati ni Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

embut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?



_Eiqaapril.blogspot.com_


Selasa, 3 April 2012

Untuk Awak..






bukan semua kesetiaan
dibalas dengan kebahagiaan ..
kadang2 apa yang kita harapkan
takkan menjadi kenyataan ..
teramat sedih

apabila insan yang kita sayang ..
tak pena menghargai
apa yang kita korbankan ..

namun ,
itulah ketentuan allah
untuk menguji kekuatan iman kita ..
buat insan yang mengerti
hargailah hati
kerana ia terlalu bererti ..

hargailah rasa
kerana ia mudah terasa ..
hargailah semuanya
kerana apabila semua terluka
amat sukar untuk dicantumkan semula ...




_EiQa April @ garfield :)

Khamis, 29 Mac 2012

Ciri-ciri kawan yang baik

selamat tengah hari!

ok, untuk hari ini aku akan post kn beberapa ciri yang korang boleh rujuk
 untuk cari sahabat yang baik ok .. wah, skema nyer ayat eden..huhu

remember,, not only ciri-ciri ni ada kat sahabat yang korang cari je tapi it must be on you too..
baru lah korang akan dapat sahabat yang sesuai.. ciri-ciri nya adalah..
jeng..
jeng..
jeng..

1) pendengar yg setia

maksud aku disini adalah...... korang kena lh dengar ape yg member korang nak ngomong tu dengan penuh keyakinan.. jangan sesekali korang buat benda lain especially bila topik yg dia cakapkan tu serius.. and,, try lah bagi beberapa advise or pendapat yg korang rasa boleh membantu dia.. even korang blurr nak bagi pendapat, just tell her/him about it politely..

2) sahabat yg jujur

semua orang nak kan sahabat yg jujur kan.. even korang sendiri pernah berbohong tapi korang tetap mencari sahabat yg jujur.. tu memang tak dapat dinafikan lah kan..
memang korang berbohong untuk kebaikan tapi kalau dah terbongkar, kabaikan tu akan bertukar jadi keburukan.. so. better korang be honest even kejujuran tu menyakitkan.. tapi jangan risau coz sakit tu sekejap je.. beleive me..

3) berfikiran positif

orang yg macam ni lah sepatutnya korang cari.. sebab dia boleh bagi pengaruh positif kat korang..ok, contohnya korang baru je lepas gaduh dengan bf/ gf korang and then korang ngadu kat dia..bila dia lagi buruk-buruk kan bf/gf korang, lg teruk lah masalah korang dengan bf/gf korang tuh..elok-elok masalah kecik tiba-tiba putus terus..ha,,so pandai-pandai lah pilih kawan yer..


till then,, nanti kalau ada idea lg, aku post lagi ok..selamat mencuba! ;-)

love by eiqa april

Rabu, 25 Januari 2012

lelaki oh lelaki!

    selamat malam korang..

memandangkan hari ni aku mengalami heart broken, aku nak story mory kt korang tentang perangai lelaki yang sangat membingungkan..

1) ada couple tapi cakap single

grr!! memang sangat geram bila ada dalam situasi macam ni taw. Korang mesti percaya yang si dia memang betul2 single kan.. padahal si dia da ada pasangan taaw.. Apa yang dia dapat bila dia buat macam tu ha?? sangat tak faham.. do you have any idea about this matter?

Sabtu, 7 Januari 2012

3 tanda si dia sudah bosan

assalamualaikum...

Sementara menunggu pelanggan datang kat kedai aku nih, aku nak kongsi dengan korang tentang 3 tanda-tanda yang si dia sudah bosan dengan korang..




1)  Panggilan telefon dan sms tak dibalas

- Tiap kali korang cuba untuk contact si dia, langsung tak ada sebarang jawapan even sms yang korang bagi pon dia tak reply..kecewa kan bila hadapi situasi macam ni.. 
positive thinking: mungkin si dia sibuk sampai tak sempat untuk hubungi korang balik.. kot ..

2)  selalu bergaduh

- Da lah sms tak balas, call pon tak angkat. Lepas tu bila dpt contact je mesti bergaduh.. gaduh pon sebab benda yang tak logik.. hm,,da faham sangat da masalah macam ni..
positive thinking: mungkin dia ada masalah lain kot..


3)  sudah berubah

- Mungkin bagi korang-korang yang baru lagi dalam perhubungan ni tak berapa perasan sangat perubahan tu tp untuk yang dah bertahun couple, mesti akan perasan perubahan yang ada pada si dia..contohnya, dulu dia selalu bergurau ala-ala manja dengan korang tp sekarang semuanya sangat menggeramkan..
positive thinking? ah, da tak boleh nk positive thinking lg coz tak tahu da nak fikir pe..


hurmm,, setakat itu je untuk kali ini.. fikir-fikirkan korang ada kat nombor berapa sekarang ok!..

till then, see you in the next post.. :)

love @ garfield  <3




Rahsia duduk antara dua sujud

TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE" Kepada rakan rakan yang lain.:) Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
INSYAALLAH :)