Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?
Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya.
Mengapa perlu berteriak?
Kenapa dia tak berbicara dengan lembut?
Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka haruslah berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan lebih keras lagi..
( Eiqaapril.blogspot.com )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan