Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala yg memekakkan telinga, bumi bumi seluruh makhluk akan mati kecuali malaikat izrail dan beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, izrail akan mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semuaa makhluk mati, Allah berfirman, "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?"..tiada siapa yg menjawab..Lalu, Dia sendiri yg menjawab,"Kepunyaan Allah yg Maha Kuasa lg Maha Kekal"..
contoh bumi yg akan musnah selapas tiupan sangkakala pertama
Selepas 40 tahun. Malaikat israfil a.s dihidupkanuntuk meniup sangkakala kedua, lantas seluruh makhluk hidup semula dibumi yg putih di padang mahsyar umpama di padang arafah, yg rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Semua manusia dan jin dihidupkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak merasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang akan nasib dan masa depan yg mereka akan hadapi kelak.
Lalu, datanglah api yg berterbangan dengan bunyi yg kuat seperti guruh yg menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perrhimpunan besar..Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yg banyak amalan), berjalan kaki (bagi yg kurang amalan) dan berjalan menggunakan muka (bagi yg banyak dosa). Ketika itu, ibu akan melupakan anak, suami akan lupakan isteri kerana semua manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dihimpunkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Brlakulah huruhara yg amat dahsyat. Tiba-tiba, langit yg tebal pecah dengan bunyi yg dahsyat lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah S.W.T..Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yg amat besar dan suaranya yg amat menakutkan..
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yg berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka..Ulama berkata jika matahri naik dibumi seperti keadaannya naik di hari kiamat nescaya seluruh bumi akan tebakar, bukit bukau hancur dan sungai akan kering kontang.. Lalu mereka merasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing2..Keadaan mereka di padang Mahsyar berlanjutan selama 1000tahun..
p/s : 1 hari di akhirat bersamaan 1000tahun di dunia..
okey setakat ini sahaja yg bole aku ceritakan tentang gambaran di padang mahsyar kelak..untuk mengetahui golongan yg akan mendapat arasy Nabi Muhammad S.A.W,,sila lah tunggu post aku yg akan datang..
ingatlah, manusia hidup didunia untuk mengumpul bekalan di akhirat kelak..barang siapa yg lalai, sesungguhnya mereka adalah golongan yg rugi..
Selamat Beramal..:)
eiqaapril @ garfield <3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan